Assalamualaikum w.b.t. Alhamdullilah! akhirnya aku menerbitkan artikel tentang cara-cara nak merawat panau setelah bertahun-tahun berusaha untuk menghilangkan masalah panau kat muka ni! 😛 hehe (over plak!) Ya! aku salah seorang antara beribu orang yang menghadapi masalah panau . Siapa tak stress kalau ada KULAT yang degil kat muka tu! Sesiapa pun yang hadapi masalah panau ke, jerawat ke or apa-apa masalah kat muka mesti rasa malu untuk berdepan dengan orang ramai. MALU! lagi-lagi PEREMPUAN! DESPERATE sangat kan nk cari jalan penyelesaian 🙂 Ok! berbalik pada topik di atas, FORMULA UNTUK MERAWAT PANAU PALING BERKESAN ADALAH
DAUN GELENGGANG & BIO OIL
Straight je!! Ini adalah cara yang paling terbaik. X TIPU! SERIUS!
Ceritanya begini..
Aku start kena panau ni masa kecik-kecik(agak darjah 6). Mula-mula tu tak rasa malu sangat. BUDAK la kata kan. Peduli apa org nak kata. Kejap baik, kejap datang balik panau tu. Macam ada musim pulak.. Tapi bila dah di sekolah menengah, bila orang asyik tegur muka aku ni ada panau..aku mula start rasa MALU! MALU! dan MALU!!! So, my mom bagi la ubat panau yang ada kat farmasi tu. Macam-macam jenis ada. Sampai aku pun tak ingat berapa banyak jenis yang aku dah pakai. Kejap OK, Kejap X OK.. sampai la aku masuk KOLEJ. Wah, semakin aku membesar semakin degil pulak panau ni nak hilang! Ni da melampau ni.. Sampai la ada insan ni tegur..”Ala..muka comel tapi ada panau pulak!” Ciss !! ni makin tak boleh di biarkan! HAHA perasan pulak 😛 Yang menjadi masalah sekarang ,TIADA satu pun ubat kat farmasi dan hospital yang mampu mengubati atau menghilangkan panau ni. Langsung tak ada effect kat panau aku yang degil ni! Ishhh! kena start cari alternatif lain!! So, aku pun start buat research tak rasmi sendiri. Dalam masa 3 tahun lebih aku kat kolej tu, macam-macam aku cuba.. Semua ubat panau kat farmasi yang paling latest pun aku cuba. Bau macam bawang putih pun ada. Tapi tak berkesan jugak. Dalam masa yang sama aku cuba buat ubat secara tradisional. Itu yang terakhir yang akan aku cuba. Bila masuk semester terakhir aku kat kolej, panau aku makin naik lagi HEBAT! Ya Allah risaunya!! Then aku pergi jumpe doktor kat hospital. After a few appointment, masalah panau aku tak ada perubahan. Then, doctor suruh aku pergi direct to skin clinic sebab ubat yang dia bagi tak mampu bagi panau aku hilang. Masalahnya appointment dengan skin clinic tu lama lagi! ni tak boleh jadi ni! Then terpaksa la aku decide guna ubat traditional.
Firstly..aku guna halia. Hari-hari aku tonyoh kat muka sebelum tidur. Pedih! tapi tak juga bagi panau aku hilang. aish! Adalah dekat sebulan aku guna tak ada effect langsung! Sampai satu masa muka aku yang baik baik tak ada jerawat, tumbuh JERAWAT pulak.. Trus REJECT! 😦 BENCINYAA . Aku tak cuba pun bawang putih sebab aku tak yakin langsung..huhu
Akhirnya ni adalah alternatif yang TERAKHIR.
1)Daun gelenggang
Sejujurnya sepanjang hayat aku, aku tak pernah perasan atau tahu wujudnya pokok ni. Aku ingat kan pokok jambu punya daun..huhu..rupanya BUKAN!. Aku balik kampung..aku mintak kat mama and ayah aku daun gelenggang. Nasib la my parents tahu daun tu nak cari kat mana. Hehe…senang keja den.. 🙂 Tapi bila aku dah jumpa daun tu, atok and ayah aku suruh aku pakai daun tu + MINYAK TANAH + BELERANG! Ya Allah punya la aku takut. Macam nak bakar muka aku je nie.. 😦 Tak sayang kita ke apa. Then aku pun tumbuk daun gelenggang tu guna batu lesung. AHAHAHA!! Aku mintak ayah aku beli minyak tanah je. Nak campur dengan daun nie. Tapi, end up ayah aku balik dengan minyak tanah and belerang. Ayooo….. Dengan baik hatinya ayah aku tolong campurkan daun gelenggang tu dengan minyak tanah and belerang sekali gus! Fuhhh! tak ada pilihan lain aku pun terpaksa pakai la campuran daun tu. Tiap-tiap malam sebelum tidur. Aku guna campuran tu selama 4 hari berturut- turut. Aku sapu kat muka aku then aku biarkan kering then aku basuh sebelum nak tidur . Alhamdulillah..muka aku rasa pedih! sakit! and macam terbakar!.. Menangis guna cara nie. Demi nak hilangkan panau punya pasal. Tawakal je la… Then masuk hari ke 4 muka aku dah start mengelupas! PERFECT time. Cuti da habis. Aku pergi posting dengan muka mengelupas..MALU MALU MALU.
2)Bio Oil
Disebabkan muka aku mengelupas,aku mintak mama aku beli BIO OIL..hehe 😛 Aku sapu bio oil ni hari-hari sampai sekarang sebab nak bagi warna kulit tu sekata dan supaya kulit aku mengelupas cepat-cepat sikit. Tiap-tiap kali lepas mandi aku sapu Bio Oil ni. Sebelum nak tidur pun aku guna(basuh muka dulu). Bio oil ni best giler! Google la sendri kenape aku kata bagus 🙂 tak rugi beli ni walaupun harga dia agak mahal.
Muka aku mengelupas selama seminggu kesan campuran daun gelenggang tue. Then dia OK . Beberape minggu lepas tu NAIK BALIK panau tu! Hmm..ini kerana aku buat kerja separuh jalan. So jangan buat kerja separuh jalan! Aku buat silap, aku pakai campuran daun gelenggang tu beberapa hari je. Maksud paling senang, panau tu baru je nak berlawan dengan daun gelenggang tu,tapi daun gelenggang da surrender. AIYAAAA.. YEAHH panau menang!!.Disebabkan aku dah balik KL, susah nak dapat daun gelenggang dan pokok daun gelenggang kat kampung aku kena tebang (sadis sungguh) aku terpaksa cari alternatif lain.
Fikir punya fikir, dapat la idea “why not aku cari KRIM” 🙂 Nak cari direct kat kedai memang SUSAH! kadang kadang yang ada cuma SABUN daun gelenggang. NEHIII ! Akhirnya aku jumpa!!. . Macam orang terdesak, aku cepat-cepat pergi beli krim nie.. Fuh! akhirnya aku dapat! yeahhaaa.. 🙂 guest what? aku rasa macam pernah BAU krim nie. Tapi tak tahu kat mana. U know what, harga dia lagi murah dari ubat panau dekat farmasi yang harga berpuluh-puluh tu dan yang penting sangat MUJARAB untuk panau aku yang degil tahap gaban ni! So far, aku pakai alhamdullilah.. Panau aku DAH hilang. Yang penting kena CONSISTENT! Aku pakai sebelum tidur je.
1. Basuh muka dulu bersih-bersih.
2. Then apply bio oil kat muka.
3. After that, baru sapu krim ni..sapu kat area yang ada panau.
4. Pakai hari-hari tau! 🙂
InshaAllah .. panau anda akan hilang. Ingat yer, jangan lah bubuh banyak-banyak pulak…sabar itu separuh dari iman.. 😛 Alhamdullilah aku dah tak ada masalah panau hingga kini!! Di ingatkan.. ni semua depends pada diri korang macam mana korang berusaha nak ubat sesuatu penyakit tu. Tiada penyakit yang tak ada penawar kecuali MATI (wah,sempat lagi..).
Panau ni memang tak akan baik sampai bila-bila pun bagi sesiapa yang pernah kena panau. What u can do is prevent it. Aku ada gak terbaca pasal kononnya siapa yang tak jaga hygiene akan kena panau. For me, bukan sebab hygiene semata-mata, banyak lagi faktor lain. Contohnya ketahanan kulit korang, maybe kulit korang sensitive ke .. jadi bila korang ada panau jangan korang rasa pengotor pulak yer 🙂 dan make sure bila muka korang panas, jgn la sesekali biarkan setitis pun air atau benda sejuk ada kat muka korang tu .. tak kisah la air mata ke, air cond ke, peluh ke. ELAK kan..based on my experience, panau tu memang akan membiak balik.
P/S: Kalau nak ORDER KRIM DAUN GELENGGANG, boleh la contact
BAGI sesiapa yang nak tanya saya tentang panau pon boleh. Saya akan cuba untuk jawab soalan anda based on my experienced 🙂 Tapi saya ni kasar sikit orangnya, jadi jangan la anda terasa dengan saya k. OK BYE! selamat mencuba! Assalamualaikum.. 🙂
B
awak, kalau daun gelenggang dengan minyak tanah sajee berkesan ke?
LikeLike
Salam sis ade lagi tak krim tu ??
LikeLike
Kalau pakai krim tu sje tnpa pakai bio oil tu mnjdi tk ke lambat nk berkesan ??
LikeLike
menjadi. tiada masalah
LikeLike
awak, kalau pakai daun gelenggang +minyak tanah je takde belerang berkesan tak?
LikeLike
Sis nak krim tu sis … Add wc sy .. Id : jinkazama1111 … No.0137562413 msg baisa jerk ws xde..
LikeLike
Assalam sis . Krim daun gelenggang masih ade ke ? Tolong pm saya .. i needed ! 0139375337
LikeLike
Assalamualaikum pm
LikeLike
Hi sis, is this still available?
LikeLike
Hi macamna ye nak dpatkan krim ni..?
Sya try call no fon tp xdpt dihubungi
LikeLike
still available lagi x krim tu?
LikeLike
Assalamualaikum. Mcm mana nak order cream tu?
LikeLike
Pm 0123569265
LikeLike
haha teebaik la explanation ni..lengkap…rase nak bagi anugerah je 😂😂😂
LikeLiked by 1 person
krim tu ada lagi tak?
LikeLike
hi, ada lagi ke? No whatsapp awak tak dapat contact lah. Ada cara lain tak nak contact?
LikeLike
Salam kak….berapa kali sehari kena pakai krim ni?
LikeLike
Sya bminat blh whassap sya x harga bio oil ke no 0148393764
LikeLike
nak oder krim 2 mcm mne ea…wssp nk yg d bg x rep pon..
LikeLike
Assalammualaikum, hye akak. Saya harap sangat akak baca ni :). Saya farhanh, tingkatan 2. Saya ada tompok putih di muka, dan ia tidak bersisik ataupun gatal. Cuma ia makin merebak di muka, saya malu dan kawan-kawan ada juga yng bertegur. Saya cari di internet dan membeli pelbagai ubat dan krim. Tetapi sekarang saya hanya guna pelembap muka sahaja, tetapi bila saya membaca blog akak, saya sangat gembira. Cuma saya mahu tanya boleh ke situasi ni saya memakai bio-oil dan juga krim dau gelenggang ? Saya sangat berharap akak membalas dan saya sungguh malu dgn kawan-kawan. Terima kasih dan harap membalasnya,bye akak 🙂
LikeLike
hi memang betul2 berkesan ke krim ni? kalau betul2 berkesan saya nk beli krim tu! sebab panau saya kat pipi ni dah teruk hmmm kalau ada lagi tolong inform saya ye guna dm dkt ig; qylaaabdullah. kalau awak tolong saya semoga Allah merahmati awak! hee tq!
LikeLike
Assalamualaikum sis . 😊 masih available ke ubatnya ? Saya nak tegur di ws untuk buat pembelian tp takut no tuh dah tak digunakan lg sbb post ni dh lme hehe . Harap sis balas . Panau saya ni baru je kena . Baru ptg td sy nampak dia naik . Tak tahu apa punca tiba2 naik adakah sbb muka sy skrg mengalami sunburn mengakibatkan panau naik ? Malu sangat sbb hari pergi kelas org nengok muka 😂😢😢😢😢
LikeLike
Assalamualaikum sis . 😊 masih available ke ubatnya ? Saya nak tegur di ws untuk buat pembelian tp takut no tuh dah tak digunakan lg sbb post ni dh lme hehe . Harap sis balas . Panau saya ni baru je kena . Baru ptg td sy nampak dia naik . Tak tahu apa punca tiba2 naik adakah sbb muka sy skrg mengalami sunburn mengakibatkan panau naik ? Malu sangat sbb hari pergi kelas org nengok muka 😂😢😢😢😢
LikeLike
sis guna krim tu mengelupas tak ?
LikeLike
nk dpat kat mne krim tu?
LikeLike
krim ada lagi tak?
LikeLike
Salam sis… ada lagi tak krim tu?? Saya betul-2 perlukan nya sekarang…
LikeLike
nak tanya cream tu still ada lagi ke?
LikeLike
Kalau saya nk oder krim tu boleh post ke ?
LikeLike
still available?
LikeLike
masih ada
LikeLike
assalamualaikum sis . pls wassap sy . i really need this badly 0179314847 😦
LikeLike
sis kalau gantikan bio oil dgn minyak kelapa dara ok tak ?
LikeLike
Assalammualaikum kak. pm Kat wasp kak krim tu. Trima kasih (018-2733020)
LikeLike
still available ke krim tu ? sebb nk sangat urgent
LikeLike
Salam sis ade no tak? Banyak pertanyaan ni
LikeLike
Hi miss, macam mana nak beli cream daun ini?
LikeLike
Klu panau ni dh nmpk mcm htm..msh blh pakai krim ni ke?
LikeLike
Assalam, kalau panau satu badan cam nd nak pulihkan.?
LikeLike
Betul kah Bio Oil Boleh sembuh kan panau dalam satu minggue
LikeLike
tidak. bio oil disini cuma sekatakn warna kulit dan elak kulit mgelupas sahaja
LikeLike
Asalamualaikum Cm mna nk beli tu krim
LikeLike