CARA MENGHILANGKAN PANAU PALING BERKESAN !

full-stop-fun-there-help--large-msg-13305412258
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdullilah! akhirnya aku menerbitkan artikel tentang cara-cara nak merawat panau setelah bertahun-tahun  berusaha untuk menghilangkan masalah panau kat muka ni!😛 hehe (over plak!) Ya! aku salah seorang antara beribu orang yang menghadapi masalah panau . Siapa tak stress kalau ada KULAT yang degil kat muka tu! Sesiapa pun yang hadapi masalah panau ke, jerawat ke or apa-apa masalah kat muka mesti rasa malu untuk berdepan dengan orang ramai. MALU! lagi-lagi PEREMPUAN! DESPERATE sangat kan nk cari jalan penyelesaian:) Ok! berbalik pada topik di atas, FORMULA UNTUK MERAWAT PANAU PALING BERKESAN ADALAH

DAUN GELENGGANG & BIO OIL 

Straight je!! Ini adalah cara yang paling terbaik. X TIPU! SERIUS!

Ceritanya begini..

Aku start kena panau ni masa kecik-kecik(agak darjah 6). Mula-mula tu tak rasa malu sangat. BUDAK la kata kan. Peduli apa org nak kata. Kejap baik, kejap datang balik panau tu. Macam ada musim pulak.. Tapi bila dah di sekolah menengah, bila orang asyik tegur muka aku ni ada panau..aku mula start rasa MALU! MALU! dan MALU!!! So, my mom  bagi la ubat panau yang ada kat farmasi tu. Macam-macam jenis ada. Sampai aku pun tak ingat berapa banyak jenis yang aku dah pakai. Kejap OK, Kejap X OK.. sampai la aku masuk KOLEJ. Wah, semakin aku membesar semakin degil pulak panau ni nak hilang! Ni da melampau ni.. Sampai la ada insan ni tegur..”Ala..muka comel tapi ada panau pulak!” Ciss !! ni makin tak boleh di biarkan! HAHA perasan pulak😛 Yang menjadi masalah sekarang ,TIADA satu pun ubat kat farmasi dan hospital yang mampu mengubati atau menghilangkan panau ni. Langsung tak ada effect kat panau aku yang degil ni! Ishhh! kena start cari alternatif lain!!  So, aku pun  start buat research tak rasmi sendiri. Dalam masa 3 tahun lebih aku kat kolej tu, macam-macam aku cuba.. Semua ubat panau  kat farmasi yang paling latest pun aku cuba. Bau macam bawang putih pun ada. Tapi tak berkesan jugak. Dalam masa yang sama aku cuba buat ubat secara tradisional. Itu yang terakhir yang akan aku cuba. Bila masuk semester terakhir aku kat kolej, panau aku makin naik lagi HEBAT! Ya Allah risaunya!! Then aku pergi jumpe doktor kat hospital. After a few appointment, masalah panau aku tak ada perubahan. Then, doctor suruh aku pergi direct to skin clinic sebab ubat yang dia bagi tak mampu bagi panau aku hilang. Masalahnya appointment dengan skin clinic tu lama lagi! ni tak boleh jadi ni! Then terpaksa la aku decide guna ubat traditional. 

Firstly..aku guna halia. Hari-hari aku tonyoh kat muka sebelum tidur. Pedih! tapi tak juga bagi panau aku hilang. aish! Adalah dekat sebulan aku guna tak ada effect langsung! Sampai satu masa muka aku yang baik baik tak ada jerawat, tumbuh JERAWAT pulak.. Trus REJECT!😦  BENCINYAA . Aku tak cuba pun bawang putih sebab aku tak yakin langsung..huhu

Akhirnya ni adalah alternatif yang TERAKHIR.

1)Daun gelenggang

pokok gelenggang-780x780

Sejujurnya sepanjang hayat aku, aku tak pernah perasan atau tahu wujudnya pokok ni. Aku ingat kan pokok jambu punya daun..huhu..rupanya BUKAN!. Aku balik kampung..aku mintak kat mama and ayah aku daun gelenggang. Nasib la my parents tahu daun tu nak cari kat mana. Hehe…senang keja den..:) Tapi bila aku dah jumpa daun tu, atok and ayah aku suruh aku pakai daun tu + MINYAK TANAH + BELERANG! Ya Allah punya la aku takut. Macam nak bakar muka aku je nie..😦 Tak sayang kita ke apa.  Then aku pun tumbuk daun gelenggang tu guna batu lesung. AHAHAHA!! Aku mintak ayah aku beli minyak tanah je. Nak campur dengan daun nie. Tapi, end up ayah aku balik dengan minyak tanah and belerang. Ayooo….. Dengan baik hatinya ayah aku tolong campurkan daun gelenggang tu dengan minyak tanah and belerang sekali gus! Fuhhh! tak ada pilihan lain aku pun terpaksa pakai la campuran daun tu. Tiap-tiap malam sebelum tidur. Aku guna campuran tu selama 4 hari berturut- turut. Aku sapu kat muka aku then aku biarkan kering then aku basuh sebelum nak tidur . Alhamdulillah..muka aku rasa pedih! sakit! and macam terbakar!.. Menangis guna cara nie. Demi nak hilangkan panau punya pasal. Tawakal je la… Then masuk hari ke 4 muka aku dah start mengelupas! PERFECT time. Cuti da habis. Aku pergi posting dengan muka mengelupas..MALU MALU MALU.

download (3)

2)Bio Oil

Disebabkan muka aku mengelupas,aku mintak mama aku beli BIO OIL..hehe😛 Aku sapu bio oil ni hari-hari sampai sekarang sebab nak bagi warna kulit tu sekata dan supaya kulit aku mengelupas cepat-cepat sikit.  Tiap-tiap kali lepas mandi aku sapu Bio Oil ni. Sebelum nak tidur pun aku guna(basuh muka dulu). Bio oil ni best giler! Google la sendri kenape aku kata bagus:) tak rugi beli ni walaupun harga dia agak mahal.

Muka aku mengelupas selama seminggu kesan campuran daun gelenggang tue. Then dia OK . Beberape minggu lepas tu NAIK BALIK panau tu! Hmm..ini kerana aku buat kerja separuh jalan. So jangan buat kerja separuh jalan! Aku buat silap, aku pakai campuran daun gelenggang tu beberapa hari je. Maksud paling senang, panau tu baru je nak berlawan dengan daun gelenggang tu,tapi daun gelenggang da surrender. AIYAAAA.. YEAHH panau menang!!.Disebabkan aku dah balik KL, susah nak dapat daun gelenggang dan pokok daun gelenggang kat kampung aku kena tebang (sadis sungguh) aku terpaksa cari alternatif lain.

3)Krim daun gelenggang
11

Fikir punya fikir, dapat la idea “why not aku cari KRIM”  :) Nak cari direct kat kedai memang SUSAH! kadang kadang yang ada cuma SABUN daun gelenggang. NEHIII ! Akhirnya aku jumpa!!. . Macam orang terdesak, aku cepat-cepat pergi beli krim nie.. Fuh! akhirnya aku dapat! yeahhaaa..:) guest what? aku rasa macam pernah BAU krim nie. Tapi tak tahu kat mana. U know what, harga dia lagi murah dari ubat panau dekat farmasi yang harga berpuluh-puluh tu dan yang penting sangat MUJARAB untuk panau aku yang degil tahap gaban ni! So far, aku pakai alhamdullilah.. Panau aku DAH hilang. Yang penting kena CONSISTENT! Aku pakai sebelum tidur je.

1. Basuh muka dulu bersih-bersih.

2. Then apply bio oil kat muka.

3. After that, baru sapu krim ni..sapu kat area yang ada panau.

4. Pakai hari-hari tau! :)

InshaAllah .. panau anda akan hilang. Ingat yer, jangan lah bubuh banyak-banyak pulak…sabar itu separuh dari  iman..😛 Alhamdullilah aku dah tak ada masalah panau hingga kini!! Di ingatkan.. ni semua depends pada diri korang macam mana korang berusaha nak ubat sesuatu penyakit tu. Tiada penyakit yang tak ada penawar kecuali MATI (wah,sempat lagi..).

Panau ni memang  tak akan baik sampai bila-bila pun bagi sesiapa yang pernah kena panau. What u can do is prevent it. Aku ada gak terbaca pasal kononnya siapa yang tak jaga hygiene akan kena panau. For me, bukan sebab hygiene semata-mata, banyak lagi faktor lain. Contohnya ketahanan kulit korang, maybe kulit korang sensitive ke  .. jadi bila korang ada panau jangan korang rasa  pengotor pulak yer:) dan make sure bila muka korang panas, jgn la sesekali biarkan setitis pun air atau benda sejuk  ada kat muka korang tu .. tak kisah la air mata ke, air cond ke, peluh ke. ELAK kan..based on my experience, panau tu memang akan membiak balik.

P/S: Kalau nak ORDER KRIM DAUN GELENGGANG, boleh la contact

   Untitled

BAGI sesiapa yang nak tanya saya tentang panau pon boleh. Saya akan cuba untuk jawab soalan anda based on my experienced :) Tapi saya ni kasar sikit orangnya, jadi jangan la anda terasa dengan saya k. OK BYE! selamat mencuba! Assalamualaikum..:)

B

336 thoughts on “CARA MENGHILANGKAN PANAU PALING BERKESAN !

  1. Kalau panau y naik kt bdn cane plak? Bleh guna? Sy bru sdar bdn sy ad panau truk kt blkg bdn dgn perut.. Haihh

    Like

    1. Saya pon ada panau teruk kat belakang dulu time sekolah rendah ada mcm2 ubat try x jalan. Then jumpe specialist die bagi pil die bagi krim and sabun sangat berkesan then form 4 dtg balik and lagi teruk kat belakang badan dah nak nailk kat lengan dah😦

      Like

      1. Whtsap sy 0197923325…sy da refersh byk kali no awk xde.hee nk cream panau tu.. Laki sy de panau dkt muke..sian die..whtsap asap ye..tq

        Like

  2. saya nur eliya natasha..umur 11 tahun menghidap penyakit panau di dahi..nak tanya boleh berapa harganya di pasaran.?? please help me.!!! Saya risau dengan penyakit ini..

    Like

  3. Salam…
    Sy nk order krim ni mcm mne ye? Sy dh save no diatas tp x ada whatsApp. Blh ke awk pm sy? Urgent sgt2… 016 6800907

    Like

  4. pm hrga..sis dduk skt mna,sya bwu kna panau ni,problemnya dkt tpi2 mlut..dh mcm air liur bsi dh..tu yg nk bli krim.

    Like

  5. Assalamualaikum.. saya natrah.i need major help from you. saya ada panau almost everywhere on my face. nak beli krim tu and how much will that cost?

    Like

  6. kena pakai bio oil ke jgk?klw tak pakai x brkesan ek??? n one more thing mcm mna sya nak order..takde no phone pun yg boleh sya pm awak…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s