CARA MENGHILANGKAN PANAU PALING BERKESAN !

full-stop-fun-there-help--large-msg-13305412258
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdullilah! akhirnya aku menerbitkan artikel tentang cara-cara nak merawat panau setelah bertahun-tahun  berusaha untuk menghilangkan masalah panau kat muka ni! 😛 hehe (over plak!) Ya! aku salah seorang antara beribu orang yang menghadapi masalah panau . Siapa tak stress kalau ada KULAT yang degil kat muka tu! Sesiapa pun yang hadapi masalah panau ke, jerawat ke or apa-apa masalah kat muka mesti rasa malu untuk berdepan dengan orang ramai. MALU! lagi-lagi PEREMPUAN! DESPERATE sangat kan nk cari jalan penyelesaian 🙂 Ok! berbalik pada topik di atas, FORMULA UNTUK MERAWAT PANAU PALING BERKESAN ADALAH

DAUN GELENGGANG & BIO OIL 

Straight je!! Ini adalah cara yang paling terbaik. X TIPU! SERIUS!

Ceritanya begini..

Aku start kena panau ni masa kecik-kecik(agak darjah 6). Mula-mula tu tak rasa malu sangat. BUDAK la kata kan. Peduli apa org nak kata. Kejap baik, kejap datang balik panau tu. Macam ada musim pulak.. Tapi bila dah di sekolah menengah, bila orang asyik tegur muka aku ni ada panau..aku mula start rasa MALU! MALU! dan MALU!!! So, my mom  bagi la ubat panau yang ada kat farmasi tu. Macam-macam jenis ada. Sampai aku pun tak ingat berapa banyak jenis yang aku dah pakai. Kejap OK, Kejap X OK.. sampai la aku masuk KOLEJ. Wah, semakin aku membesar semakin degil pulak panau ni nak hilang! Ni da melampau ni.. Sampai la ada insan ni tegur..”Ala..muka comel tapi ada panau pulak!” Ciss !! ni makin tak boleh di biarkan! HAHA perasan pulak 😛 Yang menjadi masalah sekarang ,TIADA satu pun ubat kat farmasi dan hospital yang mampu mengubati atau menghilangkan panau ni. Langsung tak ada effect kat panau aku yang degil ni! Ishhh! kena start cari alternatif lain!!  So, aku pun  start buat research tak rasmi sendiri. Dalam masa 3 tahun lebih aku kat kolej tu, macam-macam aku cuba.. Semua ubat panau  kat farmasi yang paling latest pun aku cuba. Bau macam bawang putih pun ada. Tapi tak berkesan jugak. Dalam masa yang sama aku cuba buat ubat secara tradisional. Itu yang terakhir yang akan aku cuba. Bila masuk semester terakhir aku kat kolej, panau aku makin naik lagi HEBAT! Ya Allah risaunya!! Then aku pergi jumpe doktor kat hospital. After a few appointment, masalah panau aku tak ada perubahan. Then, doctor suruh aku pergi direct to skin clinic sebab ubat yang dia bagi tak mampu bagi panau aku hilang. Masalahnya appointment dengan skin clinic tu lama lagi! ni tak boleh jadi ni! Then terpaksa la aku decide guna ubat traditional. 

Firstly..aku guna halia. Hari-hari aku tonyoh kat muka sebelum tidur. Pedih! tapi tak juga bagi panau aku hilang. aish! Adalah dekat sebulan aku guna tak ada effect langsung! Sampai satu masa muka aku yang baik baik tak ada jerawat, tumbuh JERAWAT pulak.. Trus REJECT! 😦  BENCINYAA . Aku tak cuba pun bawang putih sebab aku tak yakin langsung..huhu

Akhirnya ni adalah alternatif yang TERAKHIR.

1)Daun gelenggang

pokok gelenggang-780x780

Sejujurnya sepanjang hayat aku, aku tak pernah perasan atau tahu wujudnya pokok ni. Aku ingat kan pokok jambu punya daun..huhu..rupanya BUKAN!. Aku balik kampung..aku mintak kat mama and ayah aku daun gelenggang. Nasib la my parents tahu daun tu nak cari kat mana. Hehe…senang keja den.. 🙂 Tapi bila aku dah jumpa daun tu, atok and ayah aku suruh aku pakai daun tu + MINYAK TANAH + BELERANG! Ya Allah punya la aku takut. Macam nak bakar muka aku je nie.. 😦 Tak sayang kita ke apa.  Then aku pun tumbuk daun gelenggang tu guna batu lesung. AHAHAHA!! Aku mintak ayah aku beli minyak tanah je. Nak campur dengan daun nie. Tapi, end up ayah aku balik dengan minyak tanah and belerang. Ayooo….. Dengan baik hatinya ayah aku tolong campurkan daun gelenggang tu dengan minyak tanah and belerang sekali gus! Fuhhh! tak ada pilihan lain aku pun terpaksa pakai la campuran daun tu. Tiap-tiap malam sebelum tidur. Aku guna campuran tu selama 4 hari berturut- turut. Aku sapu kat muka aku then aku biarkan kering then aku basuh sebelum nak tidur . Alhamdulillah..muka aku rasa pedih! sakit! and macam terbakar!.. Menangis guna cara nie. Demi nak hilangkan panau punya pasal. Tawakal je la… Then masuk hari ke 4 muka aku dah start mengelupas! PERFECT time. Cuti da habis. Aku pergi posting dengan muka mengelupas..MALU MALU MALU.

download (3)

2)Bio Oil

Disebabkan muka aku mengelupas,aku mintak mama aku beli BIO OIL..hehe 😛 Aku sapu bio oil ni hari-hari sampai sekarang sebab nak bagi warna kulit tu sekata dan supaya kulit aku mengelupas cepat-cepat sikit.  Tiap-tiap kali lepas mandi aku sapu Bio Oil ni. Sebelum nak tidur pun aku guna(basuh muka dulu). Bio oil ni best giler! Google la sendri kenape aku kata bagus 🙂 tak rugi beli ni walaupun harga dia agak mahal.

Muka aku mengelupas selama seminggu kesan campuran daun gelenggang tue. Then dia OK . Beberape minggu lepas tu NAIK BALIK panau tu! Hmm..ini kerana aku buat kerja separuh jalan. So jangan buat kerja separuh jalan! Aku buat silap, aku pakai campuran daun gelenggang tu beberapa hari je. Maksud paling senang, panau tu baru je nak berlawan dengan daun gelenggang tu,tapi daun gelenggang da surrender. AIYAAAA.. YEAHH panau menang!!.Disebabkan aku dah balik KL, susah nak dapat daun gelenggang dan pokok daun gelenggang kat kampung aku kena tebang (sadis sungguh) aku terpaksa cari alternatif lain.

3)Krim daun gelenggang
11

Fikir punya fikir, dapat la idea “why not aku cari KRIM”  🙂 Nak cari direct kat kedai memang SUSAH! kadang kadang yang ada cuma SABUN daun gelenggang. NEHIII ! Akhirnya aku jumpa!!. . Macam orang terdesak, aku cepat-cepat pergi beli krim nie.. Fuh! akhirnya aku dapat! yeahhaaa.. 🙂 guest what? aku rasa macam pernah BAU krim nie. Tapi tak tahu kat mana. U know what, harga dia lagi murah dari ubat panau dekat farmasi yang harga berpuluh-puluh tu dan yang penting sangat MUJARAB untuk panau aku yang degil tahap gaban ni! So far, aku pakai alhamdullilah.. Panau aku DAH hilang. Yang penting kena CONSISTENT! Aku pakai sebelum tidur je.

1. Basuh muka dulu bersih-bersih.

2. Then apply bio oil kat muka.

3. After that, baru sapu krim ni..sapu kat area yang ada panau.

4. Pakai hari-hari tau! 🙂

InshaAllah .. panau anda akan hilang. Ingat yer, jangan lah bubuh banyak-banyak pulak…sabar itu separuh dari  iman.. 😛 Alhamdullilah aku dah tak ada masalah panau hingga kini!! Di ingatkan.. ni semua depends pada diri korang macam mana korang berusaha nak ubat sesuatu penyakit tu. Tiada penyakit yang tak ada penawar kecuali MATI (wah,sempat lagi..).

Panau ni memang  tak akan baik sampai bila-bila pun bagi sesiapa yang pernah kena panau. What u can do is prevent it. Aku ada gak terbaca pasal kononnya siapa yang tak jaga hygiene akan kena panau. For me, bukan sebab hygiene semata-mata, banyak lagi faktor lain. Contohnya ketahanan kulit korang, maybe kulit korang sensitive ke  .. jadi bila korang ada panau jangan korang rasa  pengotor pulak yer 🙂 dan make sure bila muka korang panas, jgn la sesekali biarkan setitis pun air atau benda sejuk  ada kat muka korang tu .. tak kisah la air mata ke, air cond ke, peluh ke. ELAK kan..based on my experience, panau tu memang akan membiak balik.

P/S: Kalau nak ORDER KRIM DAUN GELENGGANG, boleh la contact

   Untitled

BAGI sesiapa yang nak tanya saya tentang panau pon boleh. Saya akan cuba untuk jawab soalan anda based on my experienced 🙂 Tapi saya ni kasar sikit orangnya, jadi jangan la anda terasa dengan saya k. OK BYE! selamat mencuba! Assalamualaikum.. 🙂

B

405 thoughts on “CARA MENGHILANGKAN PANAU PALING BERKESAN !

      1. Kalau pakai krim tu sje tnpa pakai bio oil tu mnjdi tk ke lambat nk berkesan ??

        Like

  1. Assalammualaikum, hye akak. Saya harap sangat akak baca ni :). Saya farhanh, tingkatan 2. Saya ada tompok putih di muka, dan ia tidak bersisik ataupun gatal. Cuma ia makin merebak di muka, saya malu dan kawan-kawan ada juga yng bertegur. Saya cari di internet dan membeli pelbagai ubat dan krim. Tetapi sekarang saya hanya guna pelembap muka sahaja, tetapi bila saya membaca blog akak, saya sangat gembira. Cuma saya mahu tanya boleh ke situasi ni saya memakai bio-oil dan juga krim dau gelenggang ? Saya sangat berharap akak membalas dan saya sungguh malu dgn kawan-kawan. Terima kasih dan harap membalasnya,bye akak 🙂

    Like

  2. hi memang betul2 berkesan ke krim ni? kalau betul2 berkesan saya nk beli krim tu! sebab panau saya kat pipi ni dah teruk hmmm kalau ada lagi tolong inform saya ye guna dm dkt ig; qylaaabdullah. kalau awak tolong saya semoga Allah merahmati awak! hee tq!

    Like

  3. Assalamualaikum sis . 😊 masih available ke ubatnya ? Saya nak tegur di ws untuk buat pembelian tp takut no tuh dah tak digunakan lg sbb post ni dh lme hehe . Harap sis balas . Panau saya ni baru je kena . Baru ptg td sy nampak dia naik . Tak tahu apa punca tiba2 naik adakah sbb muka sy skrg mengalami sunburn mengakibatkan panau naik ? Malu sangat sbb hari pergi kelas org nengok muka 😂😢😢😢😢

    Like

  4. Assalamualaikum sis . 😊 masih available ke ubatnya ? Saya nak tegur di ws untuk buat pembelian tp takut no tuh dah tak digunakan lg sbb post ni dh lme hehe . Harap sis balas . Panau saya ni baru je kena . Baru ptg td sy nampak dia naik . Tak tahu apa punca tiba2 naik adakah sbb muka sy skrg mengalami sunburn mengakibatkan panau naik ? Malu sangat sbb hari pergi kelas org nengok muka 😂😢😢😢😢

    Like

Leave a reply to nana ikhsan Cancel reply